SELAMAT DATANG KE MUNABAISEEM.BLOGSPOT.COM
Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal. -Saidina Ali bin Abi Thalib
MUTIARA KATA
.قيل للسيدة عائشة :
متى يكون الرجل مسيئا ؟قالت : إذا ظن نفسه أنه محسن .
Ditanya kepada Saidatina Aisyah r.anha:"Bilakah rosaknya seorang lelaki itu?Dia berkata:"Apabila ia menyangka bahawa dia seorang yang hebat(berbuat kebaikan))
Seorang ahli hikmah berkata:
تعلّم الصمت كما تتعلم الكلام ,فإن كان الكلام يهديك فإن الصمت يقيك .
Belajar kamu untuk mendiamkan diri sebagaimana kamu belajar untuk bercakap.Maka jika bercakap itu boleh memberi berbagai petunjuk kepadamu maka sesungguhnya diam itu boleh menjagamu dari kebinasaan.
متى يكون الرجل مسيئا ؟قالت : إذا ظن نفسه أنه محسن .
Ditanya kepada Saidatina Aisyah r.anha:"Bilakah rosaknya seorang lelaki itu?Dia berkata:"Apabila ia menyangka bahawa dia seorang yang hebat(berbuat kebaikan))
Seorang ahli hikmah berkata:
تعلّم الصمت كما تتعلم الكلام ,فإن كان الكلام يهديك فإن الصمت يقيك .
Belajar kamu untuk mendiamkan diri sebagaimana kamu belajar untuk bercakap.Maka jika bercakap itu boleh memberi berbagai petunjuk kepadamu maka sesungguhnya diam itu boleh menjagamu dari kebinasaan.
AIR ZAM ZAM
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a katanya :Sebaik-baik air yang keluar dari perut bumi ialah air zam zam,terdapat padanya makanan yang mengenyangkan dan penawar yang menyembuhkan penyakit.H.R Ibnu hibban dan At Tabrani.Hanya RM 12.00 bagi 500ml.Emailkan kepada saya(su.akim@yahoo.com) atau sms ke 019-9275091
28.12.11
merempit dengan jubah
Sifat remaja yang sama di mana-mana sahaja.bezanya hanyalah bangsa,warna kulit dan bahasa.Satu lagi bezanya ialah mereka merempit menggunakan kereta yang mahal manakala kita guna kereta murah.kedua;merempit pakai jubah kerana jubah sudah jadi pakaian budaya mereka manakala kita merempit pakai apa yang ada.kalau tak cukup kain baju pun hentam sahaja.
22.12.11
Sabda nabi s.a.w yang bermaksud:"2 golongan ahli neraka yang mana aku tidak sempat dengan keduanya;pertama;segolongan manusia yang memegang di tangan mereka cemeti-cemeti(pemukul)seumpama ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia dengan zalim.kedua;perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang yang bergaya dan menggoda ,kepala-kepala(rambut)meeka seumpama bonggol unta.Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya sedangkan bau syurga boleh di dapati dalam jarak 500 tahun.Hadis riwayat Muslim
18.12.11
Ketam sujud bila mendengar azan
Maha suci tuhan yang menjadikan segala yang ada di alam ini tunduk kepadanya.Makhluk yang sebegini kecil pun tunduk maka bagaimana pula kita makhluk yang di beri berbagai kenikmatan dan anugerah,jika tak mahu sujud.......entahlah.
16.12.11
salah tu!
Musuh yang sebenar dalam diri manusia ialah kejahilan.mereka sepatutnya mencari maklumat yang betul.nantikan maklumat sebenar selepas ini
14.12.11
rehat minda petang-petang ni

Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar-siar di bandar.Mereka terserempak dengan seorang lelaki tua jalan terkengkang-kengkang.Pelajar A berkata "Orang tua itu tentu mengidap Sindrom Pentry"
Pelajar B pulak kata "Tak lah,dia mengidap Sindrom Zovitzki".Mereka hampir bergaduh disebabkan hal ini.Ape kata kita tanye je orang tua itu? kata Pelajar A,Pelajar B pon Setuju.Mereka menghampiri lelaki tua tersebut
12.12.11

Alangkah indahnya ciptaanMu Allah.Firman Allah di dalam surah Fatiir yang bermaksud:
27. Tidakkah kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat.
28. Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
Langganan:
Entri (Atom)


